2 anggota polis trafik ditahan SPRM terima suapan RM3,000 - Utusan Malaysia

2 anggota polis trafik ditahan SPRM terima suapan RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua anggota polis trafik kerana dipercayai meminta rasuah berjumlah RM3,000 daripada seorang individu yang mempunyai waran tangkap.

Menurut sumber, kedua-dua suspek berpangkat lans koperal itu meminta wang tersebut sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap individu terlibat yang mempunyai waran tangkap atas kesalahan lampau.

Difahamkan, kedua-dua suspek lelaki berusia 27 tahun dan 30 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi di Ibu Pejabat SPRM, di sini semalam, namun dilepaskan dengan jaminan suruhanjaya berkenaan pada hari sama. 

Pengarah SPRM Putrajaya, Hasbillah Mohamad Salleh ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan menjelaskan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya