100 mangsa banjir di Raub - Utusan Malaysia

100 mangsa banjir di Raub

ANGGOTA bomba mendukung seorang kanak-kanak untuk berpindah ke PPS setelah rumahnya dinaiki air di Raub, Pahang. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini meningkat kepada 100 orang hari ini.

Pegawai daerah, Datuk Mohammad Shahid Ismail berkata, kesemua mangsa daripada 23 keluarga ditempatkan di tujuh PPS bermula semalam.

“Seramai 13 mangsa ditempatkan di PPS Masjid Jamek Kuala Semantan, PPS Balai Raya Kampung Ria (22 orang), PPS Balai Raya Kampung Ulu Jelu (17 orang), PPS Balai Raya Kampung Durian Sebatang, Dong (13 orang), PPS Balai Raya Bukit Pampong
(16 orang), PPS Masjid Kuala Temau (enam) dan Dewan Serbaguna Kampung Pia (13 mangsa).

“Pihak berkuasa terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa situasi banjir di daerah ini,” katanya di sini hari ini.

Semalam seramai 37 orang dipindahkan di dua PPS di daerah ini selepas rumah mereka mula dinaiki air. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya