Yeast Extract bernilai RM204,921 disita - Utusan Malaysia

Yeast Extract bernilai RM204,921 disita

KONTENA membawa hasilan haiwan Yeast Extract (Liquid) disita Maqis di Pelabuhan Kuantan di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menyita keluaran hasilan haiwan Yeast Extract (Liquid) yang dibawa dari negara China di pintu masuk Pelabuhan Kuantan, di sini.

Pengarah Maqis Pahang dan Terengganu, Mohamad Nazrul Hizam Abdul Manaf berkata, pemeriksaan rutin pegawai penguat kuasa jabatan itu kira-kira pukul 10.15 pagi semalam mendapati Yeast Extract berkenaan tidak mempunyai permit import sah.

Katanya, permit import penting bagi memastikan syarat-syarat dipatuhi semasa pengimportan komoditi keluaran pertanian ke negara ini.

“Barang dagangan seberat 19,800 kilogram dianggarkan bernilai RM204,921.03 itu disita untuk tindakan selanjutnya. Kontena membawa dagangan itu turut disita,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Nazrul Hizam berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta sama.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN