Wartawan Utusan antara terima surat penghargaan PGA - Utusan Malaysia

Wartawan Utusan antara terima surat penghargaan PGA

YATIMIN Abdullah (kiri) bersama petugas media Kelantan yang menerima surat penghargaan daripada PGA Batalion 7 Kuantan di Markas PGA Lubok Stol, Rantau Panjang, Kelantan, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) hari ini menyerahkan surat penghargaan kepada 10 pengamal media di negeri ini termasuk wartawan Utusan Malaysia, Muhammad Yatimin Abdullah.

Surat penghargaan itu diserahkan oleh Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Azhari Nusi dalam satu majlis ringkas di Markas Taktikal PGA Lubok Stol, di sini.

Ia adalah kali pertama pengamal media Kelantan menerima surat penghargaan daripada PGA.

Azhari berkata, surat penghargaan adalah tanda terima kasih kepada pengamal media yang sentiasa memberi liputan meluas berhubung kejayaan pasukan berkenaan dalam membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan di negeri ini.

Katanya, sokongan itu juga secara tidak langsung mampu mengangkat lagi nama jabatan ke peringkat lebih tinggi selain menjelaskan fungsi tugasan PGA mengawal sempadan negara menerusi Op Benteng Koronavirus.

“Tanpa sokongan dan bantuan petugas media, PGA Batalion 7 mungkin tidak akan berada pada tahap ini.

“Saya berharap hubungan erat antara pengamal media dengan PGA Batalion 7 terus kekal utuh,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya