Usul dipertimbang ikut peraturan mesyuarat Dewan Rakyat - Utusan Malaysia

Usul dipertimbang ikut peraturan mesyuarat Dewan Rakyat

AZHAR AZIZAN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat menerima sejumlah 30 usul daripada 25 ahli Dewan Rakyat sehingga petang ini sempena Persidangan Dewan Rakyat yang dijadual bermula 2 November ini.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dalam satu kenyataan berkata, kesemua usul-usul yang dikemukakan akan diteliti dan dipertimbangkan mengikut Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Beliau berkata, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas Dewan Rakyat berlangsung selama 27 hari sehingga 15 Disember ini.

“Sesi sidang mesyuarat kali ini telah dimaklumkan melalui satu pemberitahuan oleh Setiausaha Dewan Rakyat kepada ahli-ahli Dewan Rakyat pada Jumaat bertarikh 2 Oktober 2020 lalu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN