USIM tangguh pendaftaran penuntut baharu - Utusan Malaysia

USIM tangguh pendaftaran penuntut baharu

MOHAMED RIDZA WAHIDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menangguhkan pendaftaran secara bersemuka bagi penuntut baharu sesi akademik 2020/2021 dan penuntut sedia ada ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Naib Canselornya, Prof. Dr. Mohamed Ridza Wahiddin berkata, proses pendaftaran akan dilakukan secara dalam talian.

“Mengambil kira situasi terkini kes positif Covid-19 yang meningkat, USIM memutuskan supaya pendaftaran secara bersemuka atau fizikal bagi penuntut (baharu dan lama) ditangguhkan.

“Sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara dalam talian sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya