UPSI-pendakwah bebas ‘berdamai’ - Utusan Malaysia

UPSI-pendakwah bebas ‘berdamai’

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran (tiga dari kanan) dan Ebit Lew (tiga dari kiri) menghantar pelajar UPSI menaiki bas di Tanjung Malim pada 6 Oktober 2020. - GAMBAR IHSAN UPSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memberi kebenaran kepada pendakwah terkenal, Ebit Lew menghantar pulang mahasiswa terkandas susulan keputusan saat akhir penangguhan pendaftaran secara fizikal dan bersemuka institusi pengajian tinggi (IPT).

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, persetujuan dicapai setelah beliau dan Ebit bertemu di UPSI, Tanjung Malim.

“UPSI memberi kebenaran kepada Ebit menghantar penuntut UPSI menggunakan bas yang disediakan pendakweah bebas itu selepas menerima proses ditetapkan.

“Ebit telah membuat permohonan rasmi kepada pihak universiti dan kami tiada masalah untuk memberikan kebenaran,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, Ebit mengucapkan terima kasih kepada Shatar dan pihak pentadbiran universiti termasuk Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

“Syukur Alhamdulilllah. Balik Kuantan, Pahang terus saya ke UPSI. Malam ini (tadi) saya bersama Datuk VC (Naib Canselor) UPSI (Shatar) menghantar dua lagi bas bagi menghantar penuntut pulang ke Kelantan dan Terengganu.

“Saya beri sedikit duit poket buat pelajar. Esok pagi Insya-Allah saya sediakan lima lagi bas. Insya-Allah mana-mana universiti lain yang memerlukan saya boleh bantu,” katanya dalam hantaran dalam Facebook beliau semalam.

Sebelum ini, Ebit memohon maaf kepada UPSI kerana membantu penuntut yang terkandas pulang ke kampung tanpa kebenaran.

Menurutnya, beliau terpaksa menangguhkan 20 bas membawa pulang mereka yang terkandas sehingga diberi kebenaran pihak universiti. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya