UMNO teliti hasil pertemuan Anwar dengan Agong - Zahid - Utusan Malaysia

UMNO teliti hasil pertemuan Anwar dengan Agong – Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahad Zahid Hamidi berkata, partinya akan meneliti terlebih hasil pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah 13 Oktober ini.

Beliau berkata, pendirian UMNO jelas sebagaimana keputusan Majlis Kerja Tertinggi terdahulu.

Anwar telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong untuk mengadap pada hari Selasa depan.

“Pada pertemuan itu, saya akan mengemukakan dokumentasi majoriti Ahli Parlimen yang kuat dan meyakinkan seperti yang saya sebutkan sebelumnya,” kata Anwar dalam satu kenyataan hari ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Mulia kerana telah berkenaan untuk saya mengadap pada hari Selasa, 13 Oktober 2020, insya-Allah.”

Anwar juga meminta rakyat Malaysia untuk tenang, menjaga kesihatan dan mematuhi perintah kawalan pergerakan pemulihan (RMCO) yang sedang berjalan.

Pada 23 September, Anwar mengadakan sidang media untuk mengatakan bahawa dia mempunyai “majoriti kuat, hebat dan meyakinkan” di Parlimen untuk membentuk pemerintahan baharu.

Beliau tidak menyatakan jumlah ahli parlimen yang menyokongnya, mengatakan dia hanya akan melakukannya setelah mengadakan pertemuan dengan Agong.

Ahmad Zahid dalam kenyataan sebelum ini tidak menghalang ahli parlimen parti itu untuk menyokong Anwar.

Yang di-Pertuan Agong dimasukkan ke Wad Diraja di IJN setelah mengadu kurang selesa dengan kesihatannya pada 2 Oktober.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya