Tukang masak dijumpai mati dalam rumah berkunci - Utusan Malaysia

Tukang masak dijumpai mati dalam rumah berkunci

MAYAT seorang tukang masak warga Bangladesh yang dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung dijumpai terbaring di atas tilam di sebuah rumah yang berkunci di Jalan Chai Leng Park, Butterworth, Pulau Pinang pagi tadi. Gambar ihsan PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang tukang masak lelaki warga asing dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung dalam sebuah rumah berkunci di Jalan Chai Leng Park, Perai di sini kira-kira pukul 9.30 pagi tadi. 

Ketika dijumpai, mangsa warga Bangladesh berusia 47 tahun itu terbaring di atas tilam dalam sebuah bilik dalam keadaan hanya memakai kain sarung.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, bomba tiba di lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai mangsa yang didakwa tidak sedarkan diri dan terpaksa memecah masuk ke dalam rumah berkenaan. 

“Pegawai perubatan dari Hospital Seberang Jaya (HSJ) yang tiba ke lokasi kejadian kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Siasatan lanjut ke atas tubuh badan mangsa bagaimanapun tidak menjumpai sebarang kecederaan luaran atau unsur-unsur yang boleh dikaitkan dengan kegiatan jenayah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jelas Shafee, berdasarkan keterangan majikan mangsa, lelaki Bangladesh itu telah bekerja sebagai tukang masak sejak tiga tahun lalu dan menyewa di rumah berkenaan.

Tambahnya, hasil bedah siasat kemudian mengesahkan punca kematian ialah serangan jantung atau penyakit berkaitan arteri kononari.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya