Tukang masak dibuang kerja ditemui mati tergantung  - Utusan Malaysia

Tukang masak dibuang kerja ditemui mati tergantung 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang tukang masak yang dibuang kerja di Singapura kerana Covid-19 ditemui mati tergantung di tangga rumahnya di Taman Berjaya, Simpang Renggam di sini  Isnin lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditemui dengan  kain cadar terjerut di lehernya.

“Pada pukul 9.49 pagi, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menerima panggilan jiran yang memaklumkan seorang lelaki didapati menggantung diri. Anggota peronda polis dikejarkan ke lokasi dan mendapati lelaki itu telah mati,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom Kluang dan polis tidak mengesyaki kejadian itu akibat perbuatan jenayah.

Beliau berkata, lelaki itu sudah berkahwin dengan warga China dan mempunyai dua  anak serta tinggal bersama keluarga.

“Tempat kejadian adalah rumah disewa mangsa dengan bayaran bulanan RM800. Si mati bekerja sebagai tukang masak di Singapura tetapi dihentikan kerja sejak Mac ekoran wabak Covid-19.

“Lelaki itu tidak ada berhutang dan tidak pernah bermusuh dengan sesiapa,” katanya lagi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya