Tukang kasut ditemukan maut di taman permainan - Utusan Malaysia

Tukang kasut ditemukan maut di taman permainan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Seorang tukang kasut ditemukan maut dengan kesan melecur di taman permainan Jalan Teratai 2/4 Taman Bukit Teratai, Ampang dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.22 pagi itu, mayat mangsa berusia 70 tahun itu ditemukan orang awam sebelum memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, susulan itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah, Ampang Jaya ke lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa melecur pada bahagian badan hingga paha selepas mangsa bertindak membunuh diri dengan menggunakan bahan bakar dan pemetik api.

“Setakat ini tiada unsur-unsur jenayah ditemukan di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Tambah Mohamad Farouk, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat.

“Kes telah diklasifikasi sebagai mengejut,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya