Tindakan mahkamah terhadap pemilik rumah dipenuhi sampah - Utusan Malaysia

Tindakan mahkamah terhadap pemilik rumah dipenuhi sampah

KERATAN akhbar Utusan Malaysia 7 Oktober 2020
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sikap tidak peduli amaran pihak berkuasa menyebabkan pemilik sebuah rumah di Taman Bersatu, Simpang Pulai di sini membiarkan persekitarannya dipenuhi timbunan sampah-sarap sehingga menimbulkan keadaan kurang selesa pada kejiranan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, sebanyak 10 aduan diterima Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sejak tiga tahun lalu daripada penduduk setempat termasuk yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp.

Menurut beliau, susulan aduan itu dua tindakan pembersihan dijalankan MBI termasuk satu yang dilakukan sendiri oleh pemilik rumah yang merupakan pesara guru itu.

“Tindakan pemilik rumah itu yang tidak peka dengan arahan kita apabila mengutip dan mengumpul barang-barang kitar semula termasuk sampah-sarap sehingga memenuihi pekarangan dan halaman menimbulkan masalah.

“Kita mengeluarkan enam notis mengikut Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976 berkaitan kacau ganggu kepada pemiliknya supaya membersihkan kawasan rumah dan satu notis kompaun sebanyak RM250,” ujarnya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, hobi pelik seorang warga emas yang juga pesara guru menghuni rumah dipenuhi timbunan sampah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan jiran.

Sementara itu tambah Rumaizi, satu tindakan mahkamah juga akan diambil terhadap pemilik rumah itu bagi membersihkan sampah-sarap di luar rumahnya.

“Bagaimanapun, sampah-sarap di dalam kawasan rumah adalah menjadi tanggungjawab pemilik kediaman untuk dibersihkan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya