KUALA LUMPUR: Kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menangani krisis penularan Covid-19 dengan fokus, berperlembagaan dan mempergiatkan segala usaha mendidik masyarakat berasaskan sains serta data. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sesuatu yang membelakangkan sains, menjejaskan ekonomi dan memencilkan peranan Perlembagaan Persekutuan akan meletakkan negara dan rakyat dalam situasi lebih sulit. Katanya, apa jua tindakan menangani krisis itu mestilah memaparkan keupayaan kerajaan bertindak wajar, saintifik dan mengambil kira kepentingan awam. “Malaysia berada dalam krisis kesihatan yang tidak pernah dihadapi dalam sejarah. Namun, itu bukan krisis kesihatan yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya