SPRM sambung reman dua ahli perniagaan - Utusan Malaysia

SPRM sambung reman dua ahli perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua ahli perniagaan disambung reman dua hari lagi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung pengubahan wang haram melibatkan penipuan Macau Scam dan judi dalam talian.

Menurut sumber, kedua-dua ahli perniagaan berusia 30 dan 40 tahun itu dipercayai membantu sindiket yang didalangi rakyat China bagi mencari lokasi untuk dijadikan sebagai pusat panggilan.

“Mereka membantu dalang sindiket membina pusat panggilan dan menyediakan peralatan sebelum menjalankan jenayah menerusi panggilan,” kata beliau kepada Mingguan Malaysia semalam.

Sumber itu berkata, SPRM mendapatkan perintah sambung reman tersebut di Mahkamah Majistret Putrajaya semalam.

“Setakat ini, tiada tangkapan atau individu lain yang dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, kata sumber itu, sebanyak enam lagi akaun berjumlah RM21 juta dibekukan selain RM80 juta daripada 730 akaun dan wang tunai RM5 juta yang disita sebelum ini.

Katanya, sebanyak 39 saksi diambil keterangan manakala 19 lagi ditahan.

“Individu dan syarikat yang dibekukan akaun mereka wajar tampil ke SPRM untuk memberi keterangan selewat-lewatnya Isnin ini. Jangan tunggu sehingga tindakan tegas diambil terhadap mereka,” katanya.

Semalam SPRM merakam percakapan 11 pegawai kanan polis termasuk lima ketua polis daerah bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Khamis lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mendedahkan, pihaknya ada senarai individu dikaitkan dengan kes pengubahan wang haram.

Individu terbabit termasuk golongan artis melaburkan modal dalam pelbagai perniagaan bagi mencuci duit hasil kegiatan jenayah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN