Siti Nor Sufieza mengadu sering dipukul - Utusan Malaysia

Siti Nor Sufieza mengadu sering dipukul

Ibu bapa, Md Sharif Md Daud,45 dan Rozita Md Isa, 45, menunjukkan perbualan terakhir di dalam whatsapp bersama anak mereka, Siti Nor Sufieza, 23 yang menjadi mangsa bunuh di Jitra, kelmarin.-UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Ibu kepada seorang wanita yang ditemui mati dipercayai dibunuh kenalan lelakinya di sebuah rumah di Taman Mahsuri, Jitra dekat sini Sabtu lalu pernah menasihat anak perempuannya supaya memutuskan hubungan dengan lelaki terbabit sebelum ini.

Rozita Md. Isa, 45, berkata, dia tidak merestui hubungan mereka selepas berkenalan kira-kira dua tahun lalu kerana Siti Nor Sufieza Md. Sharif, 23, pernah mengadu sering dipukul oleh lelaki berkenaan.

Malah, katanya, anak sulungnya daripada tiga beradik itu pernah membuat laporan dia dipukul lelaki itu sebelum ini.

“Sikap panas baran lelaki itu menyebabkan kami menasihatkan dia supaya memutuskan hubungan mereka,” katanya ketika ditemui di rumahnya Kampung Pinang, Mukim Pedu, Kuala Nerang di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan angkara cemburu, seorang wanita yang merupakan seorang ejen insurans ditemui mati dipercayai dibunuh kenalan lelaki di Taman Mahsuri, Jitra kelmarin.

Siti Nor Sufieza ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di ruang tamu rumah oleh rakan serumahnya yang pulang daripada kerja kira-kira pukul 9.45 malam.

Manakala Md. Shariff pula berkata, dia dan keluarganya tidak dapat menerima keadaan kematian yang dialami oleh anak perempuannya itu.

“Saya tidak menyangka pembunuh itu tergamak melakukannya sedangkan anak saya itu seorang perempuan yang baik dan sopan-santun.

“Kami sekeluarga berharap mereka yang terbabit dengan pembunuhan itu akan menerima hukuman dan balasan yang setimpal seperti kami kehilangan anak kesayangan kami,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya