Semarakkan Maulidur Rasul ketika PKPB di Nilai - Utusan Malaysia

Semarakkan Maulidur Rasul ketika PKPB di Nilai

Hanya tiga orang jemaah sahaja terdiri daripada imam, bilal dan siak dibenarkan bagi mendirikan solat berjemaah lima waktu mengikut SOP PKPB termasuk di Masjid Datuk Kelana Petra Undang Luak Sungei Ujong, Putra Nilai, Nilai dekat sini.-UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Walaupun berada di kawasan yang dikuat kuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Masjid Datuk Kelana Petra Undang Luak Sungei Ujong, Putra Nilai, Nilai dekat sini tidak ketinggalan menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul, dengan mengadakan program Malam Munajat Negeri Sembilan, malam semalam..

Namun begitu, program perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) PKPB bagi aktiviti keagamaan apabila hanya disertai tiga orang jemaah iaitu terdiri daripada imam, bilal dan siak masjid berkenaan.

Dipimpin oleh Imam Satu masjid tersebut iaitu Andi Mohamad Zulfauzan Muhamad, program Malam Munajat Negeri Sembilan berlangsung selepas solat Maghrib dan dimulakan dengan solat sunat hajat.

Kemudian, ia diteruskan dengan bermunajat, bacaan yasin dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan seluruh sahabat baginda.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini mengumumkan PKPB dikuat kuasakan di zon Nilai, berkuat kuasa semalam sehingga 10 November ini.

Susulan  itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan sebanyak 35 lokaliti termasuk taman perumahan di Nilai terlibat dengan pelaksanaan PKPB berkenaan. UUTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya