Selesaikan perbezaan politik menerusi rundingan, perundangan - Agong - Utusan Malaysia

Selesaikan perbezaan politik menerusi rundingan, perundangan – Agong

AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan ahli-ahli politik supaya tidak mengakhiri perbezaan pendapat dengan permusuhan.

Sebaliknya, titah Seri Paduka, permasalahan itu seharusya diselesaikan melalui perundingan dan proses perundangan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Seri Paduka bertitah, semua ahli politik perlu mempamerkan kematangan dalam berpolitik, memahami serta menjiwai keluh kesah rakyat dan tidak mengabaikan kesejahteraan masyarakat.

“Berhubung perkembangan terkini situasi politik negara, beta menasihati rakyat khususnya ahli politik untuk bermuhasabah agar negara tidak sekali lagi diheret ke kancah politik tidak menentu ketika semua rakyat masih berhadapan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar akibat ancaman wabak Covid-19.

“Beta juga menasihatkan seluruh rakyat untuk terus memainkan peranan masing-masing dan berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tatacara amalan kebiasaan baharu dalam membantu pihak berkuasa memerangi pandemik itu demi keselamatan diri serta kesejahteraan rakyat,” titahnya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan Istana Negara hari ini.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah menitahkan kesemua masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa selamat memohon ihsan Allah SWT agar penularan pandemik Covid-19 dapat dibanteras dengan berkesan dan segera.

Kebimbangan itu dizahirkan baginda berikutan kewujudan beberapa kluster baharu di beberapa negeri serta ekoran penguatkuasaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah dan Lembah Klang. – UTUSAN ONLINE

HABIS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya