Sejam tangkap ular sawa sembunyi dalam saluran kumbahan - Utusan Malaysia

Sejam tangkap ular sawa sembunyi dalam saluran kumbahan

ANGGOTA APM menunjukkan ular sawa batik sepanjang empat meter yang ditangkap di sebuah rumah di Taman Ria, Sungai Petani, Kedah, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Kuala Muda menangkap seekor ular sawa batik sepanjang empat meter dan berat melebihi 20 kilogram di sebuah rumah di Taman Ria, di sini malam tadi.

Pegawai APM daerah itu, Kapten (AP) Azahar Ahmad berkata, pemilik rumah tersebut, Mustafa Kamal Kamarudin, 67, terkejut melihat bahagian kepala seekor ular sawa di dalam saluran kumbahan air dari bilik air di dapurnya.

Katanya, anggota APM menerima panggilan untuk menangkap ular sawa itu pada pukul 10.26 malam.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, didapati ular sawa itu berada di saluran kumbahan air di rumah berkenaan.

“Anggota APM mengambil masa kira-kira satu jam untuk menangkap ular sawa itu,” katanya di sini.

Azhar berkata, ular sewa itu dipercayai berada di dalam saluran kumbahan air itu sejak dua tahun lalu.

Ini kerana, katanya, pemilik rumah itu selalu terdengar bunyi ‘pelik’ di dalam saluran tersebut.

“Dua ekor kucing peliharaan pemilik rumah itu juga hilang sebelum ini dan dipercayai ditelan ular sewa berkenaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya