Renjatan elektrik: Mati tangan pegang tiang besi - Utusan Malaysia

Renjatan elektrik: Mati tangan pegang tiang besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Seorang pembantu kedai makan maut terkena renjatan elektrik di sebuah kedai di Persiaran Lembah di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 4 petang, Mohamad Fauzi Musa, 30, meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kangsar.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kejadian ketika hujan lebat itu berlaku semasa mangsa bersama empat yang lain melayan pelanggan di kedai.

“Selepas menghantar makanan, mangsa terjatuh dan tertiarap di lantai dengan tangan kanannya masih memegang tiang besi khemah.

“Pekerja lain cuba membantu namun mendapati masih terdapat aliran  elektrik pada badan mangsa,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati badan dan pakaian mangsa basah selain tangannya berwarna gelap disyaki akibat terkena renjatan elektrik.

“Khemah tempat mangsa rebah bersambung terus dengan kedai makan dan semasa kejadian hujan  lebat,” kata beliau. 

Tambah Omar, laporan bedah siasat mendapati punca kematian akibat serangan jantung disebabkan renjatan elektrik. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya