Remaja lelaki maut motosikal bergesel lori - Utusan Malaysia

Remaja lelaki maut motosikal bergesel lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori di Kilometer 0.5, Jalan Tapah-Cameron Highlands, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, mangsa, Kong Weng Kin yang beralamat di Taman Tapah, Jalan Pahang di sini maut di tempat kejadian akibat cedera parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Katanya, ketika sampai di lokasi nahas, motosikal mangsa bergesel dengan sebuah lori dari arah sama yang juga dalam perjalanan menuju ke Cameron Highlands

“Kemalangan itu menyebabkan motosikal ditunggang mangsa terbabas ke bahu jalan. Mangsa yang cedera parah disahkan maut di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat dan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya