Raja-raja Melayu bermesyuarat, Sultan Kelantan tidak hadir - Utusan Malaysia

Raja-raja Melayu bermesyuarat, Sultan Kelantan tidak hadir

KENDERAAN membawa Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dilihat memasuki Istana Negara untuk menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja hari ini. - UTUSAN/ FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Raja-raja Melayu mula bersidang sempena Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja pukul 2.30 petang tadi.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Sultan Pahang tiba di Istana Negara pada pukul 12.23 tengah hari diikuti Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada pukul 1.30 petang disusuli raja-raja negeri lain.

Difahamkan, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V tidak hadir ke mesyuarat berkenaan setelah pintu utama Istana Negara ditutup sepenuhnya.

Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, perkara itu belum dapat disahkan sehingga Istana Negara membuat kenyataan rasmi petang ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN