Polis buru suspek ‘pancing’ tabung masjid - Utusan Malaysia

Polis buru suspek ‘pancing’ tabung masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis sedang menjejaki seorang individu yang dipercayai ‘memancing’ duit tabung Masjid Fathur Rahman di Pengkalan Rama, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, suspek dipercayai ‘memancing’ duit di dalam tabung besi berkenaan menggunakan wayar aluminium.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, siasatan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) masjid tersebut mendapati suspek mengeluarkan beberapa helai duit kertas dari tabung berkenaan.

“Laporan dibuat jawatan kuasa masjid selepas mendapati pintu masjid renggang dan terdapat kesan umpil sebelum memeriksa CCTV.

“Suspek dipercayai memecah masuk ke dalam kawasan masjid dengan memanjat tembok tepi dan mengambil duit di dalam tabung besi dengan cara mengailnya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Afzanizar, suspek ‘memancing’ wang sumbangan jemaah kira-kira RM40 menggunakan wayar aluminium yang disimpan di masjid itu untuk kegunaan kerja-kerja penyelenggaraan.

Beliau berkata, pihaknya sedang menjejaki suspek berdasarkan maklumat CCTV masjid berkenaan dan penduduk sekitar.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN