PM tinjau penghantaran barang keperluan ke Sabah - Utusan Malaysia

PM tinjau penghantaran barang keperluan ke Sabah

MUHYIDDIN Yassin (dua dari kiri) meninjau persiapan TUDM bagi penghantaran barang-barang keperluan kritikal ke Sabah untuk menangani Covid-19 di Pangkalan Udara Subang, Shah Alam. Gambar: FB DR. ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninjau persiapan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi penghantaran barang-barang keperluan kritikal ke Sabah bagi menangani Covid-19.

Menurut Facebook Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba, Perdana Menteri melakukan tinjauan itu di Pangkalan Udara Subang, Shah Alam,.

Yang hadir sama Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.

Semalam, Sabah mencatatkan sebanyak 352 kes baharu dengan 17 kawasan di negeri itu berada dalam zon merah.

Antara kawasan yang terjejas ialah Kota Belud, Kudat, Kota Marudu, Sandakan, Ranau, Kinabatangan, Semporna, Kunak, Tawau dan Lahad Datu.

Turut terkesan ialah kawasan Keningau, Papar, Beaufort, Penampang, Putatan, Kota Kinabalu dan Tuaran.

Sabah antara negeri-negeri yang masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN