PM tak perlu pakai 'gelang pink' - Utusan Malaysia

PM tak perlu pakai ‘gelang pink’

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak diberikan gelang pengawasan oleh Kementerian Kesihatan dan hanya dinasihatkan menjalani kuarantin kendiri di rumah selama tempoh 14 hari.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan menjelaskan, sehubungan itu dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa beliau melanggar arahan kementerian adalah tidak benar.

Katanya, berdasarkan penilaian risiko yang dilakukan oleh pegawai Kementerian Kesihatan pada 5 Oktober lalu, Perdana Menteri dinasihatkan menjalani kuarantin kendiri dan memantau status kesihatan di rumah setiap hari selama 14 hari menggunakan Home Assesment Tool (HAT) dalam aplikasi Mysejahtera.

“Keputusan ujian saringan pengesanan Covid-19 yang dilakukan Perdana Menteri pada 5 Oktober lalu disahkan negatif.

“Sehubungan itu beliau tidak dikehendaki oleh kementerian untuk memakai gelang pengawasan,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, kenyataan itu turut memaklumkan, Perdana Menteri melakukan tiga ujian pengesanan Covid-19 dalam tempoh tiga minggu lalu iaitu pada 22, 26 dan 29 yang mana ia didapati negatif.

Bagaimanapun, katanya, Muhyiddin dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mengalami gejala dalam tempoh pemantauan tersebut.

“Setakat ini keadaan kesihatan Perdana Menteri adalah baik, walaupun begitu beliau akan terus melakukan kuarantin kendiri sehingga selesai tempoh 14 hari,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya