Permaisuri Johor kurnia elaun bulanan - Utusan Malaysia

Permaisuri Johor kurnia elaun bulanan

RAJA Zarith Sofiah Sultan Idris Shah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan mengurniakan elaun bulanan baginda daripada kerajaan negeri kepada dana pentadbiran Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).

Raja Zarith Sofian bertitah, langkah itu diambil memandangkan negara dan orang ramai terkesan dengan kesan penularan pandemik Covid-19.

“Ketika ini, kita berdepan dengan pelbagai cabaran ekonomi dan ramai pihak terkesan akibat perkara ini, lebih-lebih lagi disebabkan penularan pandemik Covid-19.

“Oleh demikian, saya membuat keputusan mengurniakan elaun bulanan saya kepada dana pentadbiran pejabat yayasan yang mana turut terdapat ramai kakitangan sedang berkhidmat,” titah Permaisuri Johor.

Baginda bertitah demikian kepada Royal Press Office di Istana Bukit Serene di sini hari ini selepas berkenan mempengerusikan mesyuarat YRZSNJ.

Yang hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah YRZSNJ; Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ, Hishamuddin Abdul Rahim; Bendahari Kehormat YRZSNJ, Mohammad Nazrul Abd Rahim dan Setiausaha syarikat, Lilian Low.

Dalam pada itu, baginda bertitah, mesyuarat hari ini membincangkan usaha membantu anak-anak pesakit kanser daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dengan kerjasama Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.

“Selain itu, turut dibincangkan mengenai pembiayaan pengajian peringkat diploma bagi kursus seni ukiran kayu.

“Bakat anak-anak muda negeri Johor boleh dimanfaatkan menjadi tenaga kerja bertauliah di The Johor Collection dan pada masa sama menjadi sumber pendapatan mereka pada masa akan datang” titah baginda.

YRZSNJ ditubuhkan pada 2012 bukan sahaja membantu rakyat memerlukan, malah dana digunakan bagi pembiayaan pendidikan, bantuan bencana serta sumbangan kepada mereka yang terkesan akibat penularan Covid-19 baru-baru ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya