Penunggang motosikal, lembu maut kemalangan  - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal, lembu maut kemalangan 

Keadaan lembu yang dirempuh motosikal dalam kemalangan di Jalan Aring 2, Gua Musang kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh seekor lembu di Jalan Aring 2, Gua Musang kelmarin.

Mohamed Hafizul Mohd Alias, 23, cedera di badan dan kepala meninggal dunia sejurus tiba di sebuah klinik dekat Aring.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintenden Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, dalam kejadian pukul 6.50 petang,  lembu berkenaan juga mati.

Menurut beliau, kemalangan itu berlaku ketika mangsa menunggang motosikal Yamaha 125z

bersendirian dan dalam perjalanan dari Aring 6 menghala ke Aring 1.

“Sampai di tempat kejadian, seekor lembu melintas menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar haiwan itu.

“Penunggang motosikal dan lembu itu mati,” kata beliau.

Kata beliau, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN