Penduduk PPAM Melinjau mahu campur tangan PM - Utusan Malaysia

Penduduk PPAM Melinjau mahu campur tangan PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sabar pun ada hadnya dan jika tiada penyelesaian segera diambil, penghuni Perumahan Penjawat Awam (PPAM) Melinjau Presint 11, di sini mahu merujuk isu ‘kecacatan’ kediaman mereka kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyid­din Yassin.

Itu luahan lebih 600 pemilik kediaman di situ susulan ratusan isu kerosakan kediaman, kecacatan bangunan dan ke­selamatan yang dialami mereka sejak lebih setahun lalu.

Pengerusi Persatuan Penduduk Melinjau, Fakrullah Ismail berkata, kediaman yang mereka duduki kini nampak cantik dari luar, namun sebenarnya menyimpan seribu kecacatan sehingga mencetuskan rasa tidak selamat.

Menurutnya, penduduk bimbang dengan struktur bangunan yang senget dan binaan yang tidak selamat.

“Ada dinding rumah yang melengkung, saluran air hujan yang tidak sempurna dan tiang bangunan yang tidak sekata,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata, pihaknya mahu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membuat kajian menyeluruh termasuk menilai semula spesifikasi, struktur dan ketahanan bangunan.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz ketika ditemui selepas meninjau kerosakan di PPAM Melinjau itu mengakui wujud kerosakan dan kecacatan pada bangunan se­perti yang didakwa penduduk.

“Kita akan aturkan pertemuan dengan semua pihak berkepen­tingan terutama agensi berkaitan dan pemaju,’’ katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya