Pendarahan punca wanita mati selepas bersalin - Utusan Malaysia

Pendarahan punca wanita mati selepas bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH: Punca kematian seorang wanita warga Indonesia yang mayatnya ditemukan bersama bayi lelaki masih hidup di kebun kelapa sawit di Pusing dekat sini kelmarin, disebabkan pendarahan selepas bersalin.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, laporan bedah siasat dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh menunjukkan tiada unsur jenayah dikesan pada mayat mangsa.

Katanya, usaha sedang dijalankan bagi mengesan suami mangsa dan waris lain wanita itu.

“Lokasi mayat itu ditemukan adalah pondok sementara tempat pekerja ladang berehat.

“Setakat ini, tiada mana-mana individu yang tampil bagi membantu siasatan dan kita sedang mengesan waris mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Ahmad Adnan, pihaknya jsedang mengesan pemanggil yang menghubungi polis bagi memaklumkan penemuan mayat wanita itu dan bayi lelakinya yang masih hidup.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan perkara tersebut diminta tampil menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam kejadian pada Ahad lalu, wanita warga Indonesia yang dikenali sebagai Yanti Abas, 35, ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di sebuah pondok dalam kebun kelapa sawit di Jalan Parit, Kampung Piandang dekat Pusing.

Seorang bayi lelaki yang masih hidup dan dipercayai baharu dilahirkan turut ditemukan bersama mayat wanita itu.

Semasa ditemukan pada pukul 6.45 petang, mayat wanita itu ditutup dengan sehelai kain manakala bayi tersebut dipotong tali pusat dan uri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya