Pemandu terlibat kemalangan maut positif dadah - Utusan Malaysia

Pemandu terlibat kemalangan maut positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemandu kereta Perodua Myvi yang didakwa menyebabkan kematian anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam kemalangan Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi, dekat sini semalam didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, ia berdasarkan ujian air kencing yang dilakukan terhadap wanita berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, wanita tersebut ditahan bagi membantu siasatan kemalangan maut tersebut.

“Pemandu Myvi ditahan semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952

“Saringan awal air kencing mendapati dia positif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular rakaman kamera perakam video berdurasi 37 saat memaparkan kemalangan kereta Honda Accord berwarna putih terbalik selepas dilanggar kenderaan lain dalam kejadian berhampiran dengan lampu isyarat.

Mohd. Padzli berkata, hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati kemalangan berlaku berpunca daripada pemandu kereta jenis Myvi dipercayai hilang kawalan.

Katanya, pemandu itu kemudian terbabas melanggar tembok batu pembahagi jalan dan seterusnya melanggar dua kenderaan lain yang berada di persimpangan lampu isyarat menghala ke Plaza Pelangi Johor Bahru.

“Akibat kemalangan terbabit, pemandu kenderaan jenis Honda Accord mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, anggota TLDM berkenaan, Laskar Kanan Mohd. Rizal Buseri, 31, maut di tempat kejadian manakala Nur Fatin Nazrah, 23, dan Chang Ah May, 78, mengalami kecederaan ringan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya