Pemandu terbunuh, 4 cedera Perodua Kancil terbabas - Utusan Malaysia

Pemandu terbunuh, 4 cedera Perodua Kancil terbabas

KEADAAN kemalangan melibatkan sebuah kereta kancil yang terbabas ke dalam longkang dan membunuh pemandunya dalam kejadian di Jalan Permatang Tiga, Kampung Pajak Song, Kepala Batas, Pulau Pinang petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Pemandu sebuah kereta jenis Perodua Kancil terbunuh manakala empat penumpang cedera selepas kereta dinaiki mereka dipercayai terbabas di Jalan Permatang Tiga, Kampung Pajak Song, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu, Normi Azuan Bahari, 46, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian muka dan badan.

Mangsa lain yang dilaporkan cedera adalah seorang wanita dewasa serta dua kanak-kanak lelaki dan seorang perempuan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya yang ke lokasi kejadian mendapati terdapat sebuah kereta terbabas ke dalam longkang.

“Terdapat lima mangsa termasuk pemandu yang tersepit, seorang wanita serta tiga kanak-kanak,” katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Sementara itu, jurucakap itu berkata, anggotanya yang mengenakan peralatan perlindungan diri (PPE) melakukan kerja mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas.

“Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan pada pukul 7.05 malam sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis manakala empat yang cedera ringan dibawa ke Hospital Kepala Batas bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Beliau berkata, operasi yang djalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas itu tamat pada pukul 7.12 malam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya