KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa terpaksa meninggalkan mesyuarat Biro Politik UMNO berikutan pemandu peribadinya meninggal dunia di Hospital Serdang, malam ini.
“Saya kena beredar sebab pemandu saya meninggal dunia,” katanya ringkas kepada pemberita di sini malam ini.
Ditanya intipati mesyuarat berkenaan, Annuar berkata, beliau tidak mengetahui perkara yang dibincangkan.
“Saya tidak tahu sebab mesyuarat baru bermula,” katanya.
Terdahulu, tular dalam media sosial, UMNO mengadakan mesyuarat tergempar malam ini yang dikaitkan dengan sidang akhbar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi.
Bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan berkenaan.
Sebaliknya, mesyuarat itu sudah dijadual lebih awal dan hanya melibatkan biro politik parti yang dipengerusikan Ahmad Zahid. – UTUSAN ONLINE