Pemancing terkejut jumpa mayat terapung - Utusan Malaysia

Pemancing terkejut jumpa mayat terapung

AZHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seorang pemancing terkejut menemukan mayat seorang lelaki terapung di Sungai Kulim, Kampung Sungai Limau, di sini semalam.

Mayat lelaki berusia 52 tahun ditemukan pada pukul 5 petang tersangkut pada ranting pokok buluh dan sampah.

Mangsa yang dikatakan mempunyai penyakit asma dan sawan dipercayai terjatuh sejak tiga hari lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Azhar Hashim berkata, mangsa dibawa naik dari sungai oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulim.

“Mayat mangsa yang memakai seluar jeans warna biru lusuh dan baju kemeja T berwarna hitam didapati sudah berbau,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat dan punca kematian mangsa didapati akibat lemas.

“Berdasarkan pakaian, polis mengesan ahli keluarga mangsa yang kemudian mengesahkan identitinya,” ujarnya.

Tambahnya, ahli keluarga mangsa memaklumkan lelaki itu mempunyai sejarah penyakit asma dan sawan. – UTUSAN ONLINE

-habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya