Pelanggan merokok dalam restoran dilibas  - Utusan Malaysia

Pelanggan merokok dalam restoran dilibas 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seorang pelanggan yang didakwa enggan mematuhi larangan merokok cedera di perut selepas dilibas pisau pemotong daging oleh pemilik sebuah restoran dalam satu kejadian di Taman Selasih di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim memberitahu, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.15 petang ketika lelaki itu pergi ke restoran tersebut untuk makan tengah hari.

AZHAR HASHIM

 

Bagaimanapun katanya, lelaki itu kemudian dipercayai merokok di dalam restoran berkenaan.

“Perbuatan lelaki itu disedari pemilik restoran berusia 50 tahun yang  kemudian menegur pelanggannya itu supaya tidak merokok namun lelaki itu tidak mempedulikannya. Ketika cuba menegur pelanggannya itu berlaku pertengkaran sehingga tercetusnya pergaduhan antara mereka berdua.

“Dalam pergelutan itu pemilik kedai itu mengambil sebilah pisau pemotong daging lalu melibas ke arah lelaki terbabit dan terkena bahagian perut,” katanya di sini hari ini.

Katanya, selepas menerima laporan kejadian tersebut, polis menahan lelaki terbabit dan pemilik restoran itu pada pukul 5 petang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya