Pelan tindakan elak banjir kilat - Utusan Malaysia

Pelan tindakan elak banjir kilat

MOHD. Sharkar Shamsudin (kanan) meninjau kesan banjir kilat di Taman Mentakab Indah, Pahang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Pembinaan ban atau benteng penahan banjir yang tinggi dan longkang lebih besar antara pelan tindakan segera bagi mengurangkan risiko banjir kilat di Taman Mentakab Indah, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, cadangan lain adalah mewujudkan sistem penggera keselamatan domestik bagi memberi amaran awal banjir kilat.

Beliau berkata, Taman Mentakab Indah mempunyai 350 buah rumah dalam dua fasa pembinaan pada 1992 di kawasan bawah paras air yang mengundang risiko banjir kilat apabila hujan lebat.

“Banjir kilat terburuk berlaku pada 2007 dan berulang tahun ini yang menyebabkan penduduk kerugian ratusan ribu ringgit.

“Pelan tindakan menyeluruh perlu bagi mengatasi (banjir kilat) dalam jangka panjang,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kerosakan dialami penduduk akibat banjir kilat di taman itu semalam.

Mohd. Sharkar berkata, Jabatan Pengairan Saliran (JPS) dan lain-lain agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta memberi cadangan bagi menyelesaikan isu banjir kilat di situ.

“Saya juga meminta JPS menyiasat mengapa paduan air dan kederasannya agak luar biasa akibat limpahan anak sungai dari Hutan Simpan Kemasul berhampiran,” katanya.

Tegasnya, kerajaan negeri mencari penyelesaian terbaik dan perkara itu turut dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri selain membantu mangsa terlibat.

“Kesan banjir di taman ini perlu dilihat secara keseluruhan seperti mendapatkan rasional pihak pemaju yang melandaikan ban yang dibina sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Mentakab Indah, Wan Mohd. Saidi Wan Zainudin berkata, benteng penahan banjir lebih tinggi atau dilokasi baharu strategik perlu dibina bagi mengelakkan insiden sama berulang.

“Rata-rata penduduk mengalami kerugian besar dalam kejadian banjir kilat pada Rabu lalu. Perlu ada penyelesaian terbaik dan konkrit bagi memastikan kejadian ini tidak berulang terutama menjelangnya musim tengkujuh,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya