Pelajar tingkatan lima maut terkena tayar treler - Utusan Malaysia

Pelajar tingkatan lima maut terkena tayar treler

ALLAHYARHAM Bazli Shah Abdul Razak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Cheneh maut selepas terkena tayar treler di Kilometer 173, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran simpang Felda Neram 1, di sini awal pagi ini. 

TRELER yang melanggar Bazli Shah Abdul Razak, 17, di Kilometer 173, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran simpang Felda Neram 1, Kemaman, Terengganu hari ini.

 

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.53 pagi itu, mangsa, Bazli Shah Abdul Razak, 17, dari Bandar Cheneh Baru meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 berseorang dari arah Jabor itu dikatakan berada di hadapan treler dipandu lelaki berusia 45 tahun. 

Katanya, ketika di tempat kejadian treler itu tiba-tiba memotong motosikal mangsa yang berada di kiri jalan lalu terus membelok ke kiri di persimpangan Felda Neram 1. 

“Bagaimanapun, tayar kiri bahagian belakang treler telah terlanggar mangsa ketika kenderaan itu membelok ke simpang. 

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa jatuh dan cedera parah di bahagian kepala lalu meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Hanyan berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut dan kes  disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.  -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN