Pantau SOP orang ramai secara berterusan - Utusan Malaysia

Pantau SOP orang ramai secara berterusan

Pihak berkuasa memantau pematuhan SOP -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Polis melakukan pemantauan dan penguatkuasaan berterusan bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama memakai pelitup muka di tempat awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar Asistan Superintenden Mohamad Musa Ujang berkata, setakat ini, pihaknya mendapati orang ramai mematuhi SOP tersebut.

“Tiada kompaun dikeluarkan setakat ini kerana  ramai mematuhi arahan dan SOP  ditetapkan.

“Pemantauan akan dibuat berterusan sehingga PKPP tamat hujung tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas melakukan pemantauan di Pasaraya Besar Gaint, Jalan Raja Syed Alwi di sini hari ini.

Pemantauan tersebut turut dilakukan di tempat-tempat awam sekitar Kangar, Kuala Perlis dan Simpang Empat, Arau.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan orang ramai terus mematuhi SOP termasuk melakukan penjarakan fizikal di tempat awam bagi memutuskan penularan wabak Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya