Nak pinjam RM200,000, rugi RM342, 869  - Utusan Malaysia

Nak pinjam RM200,000, rugi RM342, 869 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Abd Ghani
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis mengesan sembilan pemilik akaun yang dipercayai terbabit dalam penipuan pinjaman tidak wujud membabitkan pesara kerajaan kerugian RM342,869.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Abd Ghani berkata, pesara kerajaan berusia 62 tahun berhasrat membuat pinjaman RM200,000 namun rugi  RM342, 869.

“Mangsa mahu buat pinjaman untuk membayar semula duit program infak daging dianjurkannya. Jadi sejak 29 September hingga 24 Oktober mangsa melakukan 71 transaksi kepada sembilan akaun sebelum pinjaman yang diharapkan boleh lulus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, menurut beliau, mangsa menyedari dia ditipu sindiket pinjaman dikenalinya melalui  Instagram selepas memberitahu hal tersebut kepada anak-anaknya kelmarin. 

Katanya, polis yang menerima laporan tersebut kini  mengesan beberapa pemilik akaun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya