Mesyuarat terjemah peranan Raja-raja Melayu - Utusan Malaysia

Mesyuarat terjemah peranan Raja-raja Melayu

Syed Danial Syed Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mengutamakan kebajikan rakyat, kedaulatan undang-undang dan berpegang kepada keluhuran Perlembagaan diterjemahkan Raja-raja Melayu yang bermesyuarat hari ini bagi menentukan sama ada pengisytiharan darurat yang dicadangkan oleh kerajaan perlu diperkenankan.

Raja-raja Melayu turut menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  yang memilih untuk melakukan rundingan sebelum memberikan perkenan kepada perkara yang penting itu.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial  Syed Ahmad dalam kenyataan di sini hari ini berkata, semangat tersebut adalah selaras dengan budaya syura yang dianjurkan dalam Islam ketika ummah menghadapi sesuatu persoalan.

Katanya, dalam perjumpaan tersebut, Raja-raja telah mencambahkan pandangan dan mnenzahirkan pendapat secara terbuka dan berterus-terang dalam semangat saling menghormati bagi membantu Al-Sultan Abdullah membuat ketetapan.

“Raja-raja berpendirian pentingnya dihormati mekanisme semak dan imbang antara pelbagai cabang kerajaan dan peranan Seri Paduka untuk mengimbangkan pelbagai tuntutan demi menjamin berlakunya keadilan dan membatasi sebarang unsur penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh semua Raja-raja Melayu termasuk Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah kecuali Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya