Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja berakhir tiga jam - Utusan Malaysia

Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja berakhir tiga jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Majlis Raja-raja selesai mengadakan mesyuarat khas selepas bersidang selama tiga jam di Istana Negara hari ini bagi membincangkan isu semasa negara.

Persidangan tersebut berakhir pukul 5.30 petang ini.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilihat paling awal keluar dari pekarangan Istana Negara dan berangkat pulang diiringi beberapa pegawai polis disusuli dengan raja-raja negeri lain.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut berhubung hasil yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Difahamkan, Istana Negara akan mengeluarkan kenyataan rasmi sama ada petang ini atau dalam masa terdekat.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdul Aziz Indera Mahkota, Kuantan yang dikaitkan dengan perbincangan Jemaah Menteri untuk mengisytiharkan darurat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya