Maqis rampas 17,000 kilogram cili - Utusan Malaysia

Maqis rampas 17,000 kilogram cili

KONTENA dengan muatan 17,000 kilogram cili dari China yang ditahan Maqis Johor di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Johor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Sebuah kontena membawa 17,000 kilogram cili ditahan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor kerana dibawa masuk ke negara ini tanpa mematuhi piawaian ditetapkan di bawah undang-undang Malaysia.

Pengarah Maqis negeri, Nur Afifah A. Rahman berkata, kontena berkenaan ditahan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah di sini, semalam dan menemukan cili itu yang dianggarkan bernilai RM71,243.60.

Katanya, cili berkenaan dipercayai dibawa masuk bagi kegunaan pasaran tempatan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati cili tersebut tidak mematuhi syarat import iaitu tidak mempunyai Sijil Fitosanitasi dari negara asal dan gagal mematuhi penggredan, pembungkusan serta pelabelan.

“Pemandu warga tempatan berusia 40 tahun ditahan untuk diambil keterangan manakala barangan dagangan disita untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Nur Afifah, kes itu disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Beliau menegaskan, pihaknya sentiasa komited menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk negara bagi menjamin keselamatan keluaran pertanian agar mematuhi syarat serta peraturan ditetapkan kerajaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya