MAIJ kesan waris tanah wakaf - Utusan Malaysia

MAIJ kesan waris tanah wakaf

SUHAIZAN Bacok Saadon menunjukkan dokumen permohonan urusan proses tanah wakaf perkuburan di Kampung Sepinang, Segamat Mukim Buloh Kasap, Segamat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT : Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Daerah Segamat meminta waris kepada seorang lelaki, Ahmad Kipong yang meninggal dunia beberapa tahun lalu tampil bagi memudahkan proses permohonan pewakafan tanah perkuburan.

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam MAIJ Segamat, Suhaizan Bacok Saadon berkata, tanah pusaka di Lot 172, Mukim Buloh Kasap, Kampung Sepinang di sini adalah milik penama bersama Ahmad bersama seorang lagi individu, Mohd. Ali Abdullah.

“Ketika hayat, kedua-dua penama itu bersetuju menyerah dan mewakafkan tanah seluas kira-kira 0.5 hektar di Kampung Sepinang untuk dijadikan tanah wakaf perkuburan kepada MAIJ Segamat.

“Namun ketika proses permohonan pewakafan tanah perkuburan di pejabat Tanah Segamat pada 16 November 2005, kedua-dua mereka meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.

Pejabat Tanah Segamat kini memerlukan beberapa tandatangan bagi urusan dokumentasi persetujuan waris bagi meneruskan proses permohonan penyerahan tanah wakaf perkuburan itu.

“Pihak MAIJ Segamat dapat mengesan seorang waris, Mohd. Ali Abdullah bagi meneruskan proses pewakafan tanah perkuburan itu.

“Namun masih dalam usaha menjejaki seorang lagi waris Ahmad yang gagal dikesan sehingga kini,” ujarnya.

Pihak MAIJ Segamat berharap waris berkenaan tampil atau sesiapa yang mengenali waris kepada arwah Ahmad dapat menghubungi pihak MAIJ Segamat di talian 079312254 dengan segera.

Tanah wakaf perkuburan seluas kira-kira 0.5 hektar itu dapat memberi manfaat kepada kira-kira 1,000 kariah setempat yang kebetulan kedudukannya bersebelahan dengan tanah perkuburan sedia ada di Kampung Sepinang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya