Lesap RM9,600 ditipu 'kawan lama' - Utusan Malaysia

Lesap RM9,600 ditipu ‘kawan lama’

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Seorang warga emas di sini kerugian RM9,600 selepas dipedaya lelaki yang menghubunginya dan menyamar sebagai sahabat lama untuk meminjam wang.

Dalam kejadian semalam, lelaki warga emas berusia 55 tahun itu dihubungi suspek yang memperkenal diri sebagai sahabat lama menggunakan nama dikenalinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, suspek menyatakan hasrat ingin meminjam wang untuk memulakan perniagaan restoran.

“Atas dasar kawan lama, mangsa memindahkan RM5,600 ke dalam nombor akaun yang diberikan suspek.

“Suspek sekali lagi menghubungi mangsa dan menyatakan wang itu tidak cukup serta ingin meminjam lagi RM9,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Wazir, mangsa memaklumkan tidak mempunyai wang sebanyak itu dan hanya mampu memberi RM4,000 sebelum dipindahkan ke dalam akaun berlainan.

Katanya, mangsa menyedari ditipu selepas menghubungi sahabat lamanya itu pada petang semalam untuk bertanya tentang wang yang dipinjam.

“Sahabatnya itu tidak tahu apa-apa tentang perkara tersebut. Dia juga memberitahu, beg duit dan telefon bimbitnya hilang beberapa hari lalu.

“Mangsa menyedari ditipu oleh seseorang yang menyamar sebagai kawan pengadu dan membuat aduan polis,” katanya.

Kes dilaporkan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Maran dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN