Lelaki maut motosikal rempuh lori - Utusan Malaysia

Lelaki maut motosikal rempuh lori

KEADAAN motosikal ditunggang mangsa yang maut selepas melanggar belakang sebuah lori di Kilometer 151.3 Lebuhraya Pantai Timur di Maran, Pahang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Seorang lelaki yang berkonvoi bersama rakannya maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan melanggar belakang sebuah lori di Kilometer 151.3 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), di sini semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, pemandu lori terbabit tidak menyedari kejadian itu dan meneruskan perjalanan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Norzamri Abdul Rahman berkata, semasa kejadian, mangsa, Muhammad Iskandar Ishak, 22 , dalam perjalanan berkonvoi dari Temerloh ke Sri Jaya di sini.

“Semasa di lorong kiri mangsa cuba memotong sebuah lori di hadapannya tetapi tiba-tiba motosikalnya hilang kawalan lalu melanggar belakang lori dan jatuh di atas jalan.

“Pemandu lori tidak berhenti dan meneruskan perjalanan dipercayai tidak menyedari kemalangan yang berlaku dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut Norzamri, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemandu lori telah ke Ibu pejabat polis Daerah (IPD) kira-kira pukul 3 petang ini untuk membuat laporan.

“Berdasarkan laporan pemandu itu menyatakan hanya menyedari kejadian ketika memeriksa lorinya yang tidak berfungsi semasa memasuki simpang ke Sri Jaya di sini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya