Lelaki ditahan bersama 695 rokok tanpa cukai - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan bersama 695 rokok tanpa cukai

LELAKI berusia 26 tahun yang ditahan polis bersama sejumlah 695 karton rokok tanpa cukai di Jalan Senggarang, Batu Pahat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Penahanan seorang lelaki membawa kepada penemuan 695 karton rokok tanpa cukai kastam yang dianggarkan bernilai RM146,820 di Jalan Senggarang, di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintenden Dimin Awang berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan ketika memandu kereta Honda City berwarna kelabu pada awal pagi.

““Pemeriksaan menemukan 695 karton rokok tanpa cukai kastam dalam kenderaan tersebut.

“Suspek dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran rokok tanpa cukai kastam untuk pasaran di sekitar kawasan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, rampasan rokok seludup dibawa ke Ibu pejabat Polis (IPD) Batu Pahat untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya