Lebih banyak tangkapan, saman selepas ini – KPN - Utusan Malaysia

Lebih banyak tangkapan, saman selepas ini – KPN

hamid
ABDUL HAMID BADOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Belum ada keperluan untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua di seluruh negara walaupun angka kes Covid-19 naik mendadak sejak kebelakangan ini.

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata, tindakan yang diambil ketika ini termasuk Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) yang telah dikenakan ke atas empat daerah di Sabah sudah memadai.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, beliau menegaskan, apa yang perlu dilakukan sekarang ini ialah mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP), selain menutup semua laluan sempadan darat dan laut.

“SOP penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka yang dilihat semakin terabai akan dikuatkuasakan dengan kete­gasan maksimum,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid menegaskan aktiviti-akti­viti terlarang juga akan dita­ngani dengan tindakan paling tegas daripada pihak polis.

“Selepas ini kita akan dapat saksikan lebih banyak tangkapan dan saman dikenakan ke atas mereka yang ingkar SOP selain pelanggaran perintah kuarantin,” tegas beliau.

Terdahulu, Abdul Hamid menghadiri mesyuarat khas Maj­lis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan Covid-19 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya dekat sini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Semalam, negara menca­tatkan sejumlah 317 kes positif Covid-19 berbanding kes ter­tinggi yang dicatatkan pada kelmarin sebanyak 287 kes.

Trend peningkatan itulah yang paling dikhuatiri oleh Kementerian Kesihatan kerana pertambahan itu selari dengan trend peningkatan jumlah kes serta kematian Covid-19 yang dilihat di seluruh dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN