KLIA disenarai 10 lapangan terbang terbaik dunia - Utusan Malaysia

KLIA disenarai 10 lapangan terbang terbaik dunia

Siasatan SPRM mendapati dia pelakuan rasuah dalam kejadian kecoh di KLIA pada 29 Jun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disenaraikan sebagai 10 lapangan terbang terbaik di dunia menerusi kaji selidik Quality Service Airport (ASQ).

ASQ adalah program yang dijalankan oleh Airport Council International (ACI) yang menetapkan standard perkhidmatan, protokol dan garis panduan operasi untuk lapangan terbang di seluruh dunia.

KLIA memperoleh skor keseluruhan yang lebih baik iaitu 4.94 daripada 5.00 berbanding 4.69 sebelum ini, sekali gus berada di kedudukan ke-9 berbanding 17 sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh berkata, peningkatan skor berkenaan hasil daripada komitmen dan usaha berterusan yang dilakukan oleh pasukan KLIA untuk meningkatkan tahap perkhidmatan lapangan terbang yang selamat dan menggembirakan.

“Antara prestasi ditunjukkan ialah mencatat skor 5.00 untuk keseluruhan kepuasan penumpang perniagaan dan percutian, 4.99 untuk kebersihan terminal lapangan terbang dan 4.97 untuk ketersediaan bilik air.

“Saya sangat bangga dengan prestasi ditunjukkan tersebut walaupun kita berdepan dengan cabaran dari segi keperluan operasi lapangan terbang, namun seluruh komuniti lapangan terbang menunjukkan semangat yang kuat bekerjasama dan bersama-sama mempertingkatkan prestasi perkhidmatan KLIA di mata dunia, ” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Shukrie berkata, sebagai sebahagian daripada budaya prestasi tinggi syarikat, pihaknya juga telah membentuk operasi bahagian kecemerlangan (OE) untuk melihat secara khusus titik-titik cabaran perjalanan penumpang bagi mematuhi norma baharu dan berusaha memperbaikinya dengan pantas.

“Pasukan OE memberi tumpuan kepada reka bentuk berpusatkan pelanggan berfikir dan melakukan inovasi operasi tangkas yang mendorong kepada peningkatan ini.

“Melalui OE, penumpang boleh yakin bahawa perjalanan udara mereka akan tetap bebas dan selamat. Ini akan memberi sumbangan besar untuk mengembalikan keyakinan mereka dalam perjalanan udara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN