Ketum kena keluar daripada Akta Racun 1952 - Utusan Malaysia

Ketum kena keluar daripada Akta Racun 1952

LADANG ketum di sebuah kampung di Padang Terap, Kedah. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Bagi mencapai hasrat mengkomersialkan ketum sukar dilaksanakan sekiranya tumbuhan tersebut diletakkan di bawah Akta Racun 1952.

Isu ketum bukan baharu tetapi berlarutan dan sehingga sekarang kerajaan belum boleh mengambil keputusan padu mengenai status ketum.

Langkah terbaik memboleh ketum dikomersial, kerajaan perlu mengeluarkan ketum daripada akta racun.

Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang, Profesor Dr. Mohd. Ilham Adenan berkata, jika tidak, pengkomersialan ketum sukar dilaksanakan kerana tanaman itu tertakluk kepada taksiran undang-undang.

“Apabila ketum diletakkan di bawah Akta Racun 1952, semua aktiviti atau hal yang berkaitan dengan ketum tertakluk kepada akta tersebut.

“Langkah terbaik, ia perlu dikeluarkan dari akta racun atau dibolehkan dari segi undang-undang,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah yang berkata, tanaman ketum boleh dikomersialkan dengan syarat terdapat peruntukan undang-undang membenarkan penanamannya secara terkawal bagi tujuan tertentu seperti penyelidikan dan perubatan.

Zulkifli berkata, dalam mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Penguatkuasaan Undang-Undang (JPU) dipengerusikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin Julai lalu, kerajaan membentuk dua jawatankuasa mengkaji kaedah memperkukuhkan undang-undang dan penguatkuasaan sedia ada.

Mengulas lanjut, Dr. Mohd. Ilham yang aktif melakukan penyelidikan ketum sejak 2010 berkata, sudah tiba masanya kerajaan mencari model pengkomersialan terkawal ketum seperti negara jiran.

“UiTM Pahang sendiri dalam proses melakukan kajian penanaman ketum secara terkawal kerana kita memperoleh kebenaran Kementerian Kesihatan untuk melakukan penyelidikan tentang ketum,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN