Kereta peronda polis dilarikan dari IPD - Utusan Malaysia

Kereta peronda polis dilarikan dari IPD

SUSPEK wanita yang melarikan sebuah MPV jenis Honda Civic 1.8S milik PDRM dari IPD SPU di Kepala Batas, Pulau Pinang ditahan di Shah Alam, Selangor. - IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang lelaki dan wanita melarikan sebuah kenderaan peronda (MPV) jenis Honda Civic 1.8S milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) di Kepala Batas, di sini malam tadi.

Dua suspek masing-masing berusia 30-an dan 20-an itu bagaimanapun ditahan di Shah Alam, Selangor kira-kira pukul 2 pagi tadi.

Difahamkan, suspek menyamar sebagai polis sebelum memasuki IPD berkenaan dengan motosikal kira-kira pukul 9.40 malam sebelum melarikan kereta tersebut.

SUSPEK lelaki yang melarikan sebuah MPV jenis Honda Civic 1.8S milik PDRM dari IPD SPU di Kepala Batas, Pulau Pinang ditahan di Shah Alam, Selangor. – IHSAN PDRM

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut kes berkenaan sedang dijalankan.

Kereta tersebut adalah antara 26 buah MPV yang diagihkan kepada lima IPD di negeri ini bulan lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya