Kapal Dayang topaz karam: Seorang kru meninggal, 124 selamat - Utusan Malaysia

Kapal Dayang topaz karam: Seorang kru meninggal, 124 selamat

SEORANG kru kapal Dayang Topaz meninggal dunia manakala 124 kru lain diselamatkan dalam kejadian kapal karam di perairan Miri, Sarawak, semalam. - IHSAN MARITIM MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang kru kapal Dayang Topaz meninggal dunia manakala 124 kru lain diselamatkan selepas kapal platform itu karam di perairan Miri, Sarawak pagi ini.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Datuk Mohd. Zubil Mat Som berkata, Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC Putrajaya) menerima maklumat dari kapal Sapura Construction pada pukul 6.45 pagi.

Beliau berkata, MRCC Putrajaya menerima isyarat kecemasan daripada kapal terbabit di posisi 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri.

“Kapal Sapura Construction bergerak ke lokasi untuk mengesan kapal Dayang Topaz yang dilaporkan karam. Kapal terbabit mulai karam dengan 62 kru masih berada di atas kapal manakala 125 kru terjun ke laut.

“Aset-aset bantuan merangkumi tiga kapal dan sebuah bot Maritim Malaysia di Miri bersama tujuh kapal dan bot milik syarikat Petronas serta Shell digerakkan ke lokasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zubil, dua jam kemudian, seramai 121 kru berjaya diselamatkan manakala seorang meninggal dunia dan empat lagi yang hilang ditemukan pada pukul 9.29 pagi berhampiran lokasi kejadian.

Katanya, semua kru yang dijumpai diselamatkan oleh aset-aset bantuan dan kapal-kapal yang tiba di lokasi.

“Kesemua mangsa yang terjun ke laut sejumlah 124 orang berjaya diselamatkan manakala seorang meninggal dunia, 62 kru masih berada di atas kapal Dayang Topaz.

“Berdasarkan maklumat awal, kejadian disyaki berpunca daripada salah satu kabel sauh kapal itu terputus ekoran cuaca buruk dan kapal tidak dapat dikawal lalu hanyut melanggar platform pelantar Minyak Baram,” katanya.

Tambahnya, MRCC Putrajaya sedang bekerjasama dengan syarikat carigali minyak Petronas, Shell, Tentera Udara Malaysia (TUDM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam operasi itu.

Katanya, ini termasuk bantuan daripada National Search Coordination Center Brunei yang menugaskan sebuah pesawat Brunei Shell Petroleum selain komuniti nelayan tempatan.

“Aset-aset yang terlibat ialah KM Siagut, KM Siakap dan Bot Penggalang 23 yang kini berada di lokasi kejadian untuk memantau keselamatan mangsa serta aset-aset operasi mencari dan menyelamat (SAR) lain yang berada di lokasi kejadian.

“Keadaan laut masih bergelora dengan ketinggian 3.5 ke 4 meter paras ketinggian,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya