Kami hanya jalankan tanggungjawab - Siti Sarah - Utusan Malaysia

Kami hanya jalankan tanggungjawab – Siti Sarah

Siti Sarah meluahkan rasa syukur selepas selesai sesi merakam keterangan di SPRM semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pasangan selebriti, Siti Sarah dan Shuib meluahkan rasa lega apabila proses merakam kenyataan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) semalam berjalan lancar.

Menerusi kenyataan di Instagramnya, penyanyi itu menjelaskan dia dan suami dipanggil SPRM hanya untuk memberi kerjasama dan menjalankan tugas sebagai rakyat Malaysia.

“Alhamdulillah syukur. Kami dipanggil hanya untuk memberi kerjasama dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia,” katanya menerusi kapsyen.

Sebelum ini, menerusi satu kenyataan, Siti Sarah menjelaskan dia hanya menemani suaminya, Shuib Sepahtu yang diambil keterangan.

Bagaimanapun Siti Sarah dan Shuib enggan mendedahkan butiran pertemuan dengan pihak berkuasa itu.

“Buat masa ini pihak kami tidak dapat mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut untuk tidak mengganggu siasatan pihak SPRM bagi menghormati sistem perundangan negara kita.

“Untuk makluman hanya keterangan Shuib sahaja yang diambil oleh pihak SPRM manakala Sarah hanya menemani suaminya sahaja,” jelasnya.

Pasangan selebriti itu dipanggil SPRM semalam setelah disyaki terlibat dalam kes membabitkan penggubalan wang haram membabitkan perniagaan air yang dijalankan pasangan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya